Salam,
Kita ni sebagai manusia, semua ade impian.. nakx ada orang yang impian dia MEMANG nak pakai kereta besar i.e. kereta mewah. Bak kate kawan aku, keretax tuh, x mahal punnnn... tapi kita yang x mampu! Betul ker? Memang betul!! Tapi cuba fikir, orang lain boleh..! nape kita x boleh? Hendak 1000 daya, x ndak 1000 dolak dalik.. Pucuk pangkal hati.., nak buat, x buat itu diri sendiri..
Bergambar ngan kereta Cikgu Ahmad Hj Amiruddin
Hari ini aku memang sedikit teruja.. tghx seminar td, terpaksa chow awal. Ada tt. Prospek, seorang yg berusia, 60thn, pempuan dan dressing dia... Pergh!! mengalahkan tomboyx yg len... Ade sesape yg pernah jumpa org cam prospek aku x? Bila da buat tt, da setuju nk join katenye, citer pasal modal xde.. Aku kate nk carik modal, ada macamx cara.. Tetiba dia ckp nk gi genting. Aku ingat nk bercuti, rupenye.. dia kata nak gi CASINO... Itu yg aku x tahan NAK TERGELAKKKK!! Aku x pasti sama ada, aku yang salah dengar atau prospek aku yg salah sebutt... hahahhaha.. Ya Allah... Aku nak cerita babx agama takut plak dia cakap aku budak hingusan.. Tapi xpe makcik ooiii.. Apax pun, gud laq cari modal.. Da dapat, kita buat samerx okey....?!
Ni, tak nak ker? X dapat banyak, tapi dapat bayar hutang ok tak?
Kat maner hilangnyer kekebalan hati? Ke mana perginye keyakinan diri? Di mana letak nye keupayaan sendiri? Kenapa kau kunci hati sendiri? Keistimewaan yang ada, kenapa tak digunakan? Aku ke yang salah? Atau kau yang tak tahu nak menepis, ungkapan berbisa? Ahhh....! Biar apa orang nak kata! Bukan dia yang bagi makan kau sekeluarga! Bukan dia yang menanggung hutang keliling pinggang! Bukan dia yang bayar bilx bulanan! Rumah! Kereta! Hndphone! Apiair! Internet! Duit harian anak sekolah! Dia ke yang bg? Kalau dia yang bg, ok... silakan ikut cakap orang yang berfikiran negatif! Kalau bukan, apa lagi? Ambil tindakan positifkan minda! Runtuhkan ke'malu'an! Buang sifat segan! Cari si 'berani'! Upgrade keyakinan! Jangan lupa, RESTU, TAWAKAL, dan paling penting JANGAN PUTUS ASA!!!! Ingat tuh!
Salam semua..
Huhhh.. aku sebenarnya heran la.... Walaupun aku da jumpa ramai calon biz partner, dalam ramaix kan.. Aku cukup bengang kalu jumpa orang berlagak tapi xde duit! Bukan aku x kenal dia dan bukan dia x kenal aku pun.. tapi ego bin angkuh! Malu, x pandai, segan, x tau nak buat, dan macam lagi la alasan yang diberikan camner nak banyak duit?! Cakap jer nak bayar hutang, nak tambah duit, nak tambah income, nak tambh pendapatan.... tapi abuk pun tarak! Alasan kengkadang tu ade plak yang x logik... Sampai cacing dalam perut aku pun ketawa... hehehehehe
Dulu masa keje, asyik nak meminjam jer.. la ni, pun samer gak.. Nak berubah, tp xnak buat... Mengharapkan duit jatuh dari langit... Tunggu ar... memang ade tu nanti duit turun dr langit... ko tunggu la... By the time duit tu turun, kehidupan aku da berubah! Korang ni, dulu pun samer gak, tapi xkan sampai skang pun nak samer jugak!? Kata nak hidup senang, nak tolong mak bapak, nak bantu keluarga, nak bg anak-anak dan isteri/suami kebahagian, so? Udah-udahla tu.... Nak duit x? Nak kaya x? Jom samerx aku.. Buat daily income projek.... Jom Jom Jom
Rasa sayu dihati, kadangkala menikam kalbu. Dulu sering bersama, oleh kerana peristiwa yang membawa pertimbangan yg salah.. (aku dan kau) kita berjauh diri, berjauh hati.. Bukan salah sesiapa, keduanya ada bahagian masingx, aku pasti Tuhan Maha Adil!.
Pengorbanan yang dia buat tanpa aku disisi, diakui amat dihargai... tapi bagaimna dengan pengorbanan yang aku buat? adakah dia cukup memahami..? Bila melihat lirik mata dia dari jauh, payah untuk aku menafsir sama ada dia rindu atau tidak.. Tapi, yang pasti nya, senyuman dan tawa yang aku lemparkan hanya luaran saja.. Kedegilan aku dan kebisuan bicara oleh dia, boleh memunahkan perhubungan...
Jangan pergi jauh.... Jangan sampai aku tak boleh nak gapai... Ingat tak perjanjian kita dulu? Kejayaan pasti digenggam BERSAMA! rindu utk berbicara, bergurau senda, bermesra seperti dulu.. Itu yang aku rasa.. Hati ini, belum pasti kau juga merasai nya..
Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, itu sudah pasti! Kejayaan tidak akan bersinar tanpa cahaya! Kejayaan tidak akan bernyala tanpa lilin yang menyinari.. Biar pun langkah mu kini begitu pantas dihadapan... Aku berazam akan cuba merapati hingga kita berdiri di tapak yang sama!!

WSR 606 Dalam masa 12 bulan aku dapat memiliki kereta impian aku.. Bukan mudah untuk mendapatkannya sekiranya aku masih seperti dulu. Tak berubah.., hidup dikelilingi oleh orang-orang dari golongan yang same.. cuma pangkat yang berbeza-beza. Hari ini, aku adalah aku! bukan korang yang tentukan hidup aku, tapi Tuhan!. Yang aku pasti, dengan restu husband aku, mak dan family, aku berdiri kat mana aku berdiri sekarang. Aku nak lebih cemerlang lagi.. bukan x cukup, atau tak bersyukur.. Tapi, dulu kita baiki kewangan diri sendiri.., lepas tu keluarga pulak.. Dan sekarang, mak ayah punya turn pulak.. Aku berjanji, selagi hayat mereka ada, apa yang aku tak dapat nak bagi dulu, Insyaallah akan aku kotakan.. Aku cuma mohon agar mereka mendoakan kejayaan aku.. Korang pulak? Takkan nak tengok jer kejayaan orang lain? Korang kumpullah doa.. Bak kata kawan aku, setiap kali sembahyang kita sentiasa berdoa untuk; ' dimurahkan rezeki.., tunjukkan jalan yang mudah.., permudahkan pekerjaanku.., limpahkan rezeki yang banyak....' Tapikan korang, kalau diri sendiri tak USAHA.. takkan dapat... Pucuk pangkal USAHA yer..



Pagi 18hb hari tuh, hampir-hampir aku x dapat gi konvoi.. Tapi, setelah masalah di atasi dengan perbincangan, berjaya jugak aku.. 100 buah kereta pelbagai jenis, jenama, warna, saiz, bentuk dan pemandu.. Peh! Aku memang teruja! Tak pernah gi konvoi, camnih rasa dia rupanye.. Yang penting semangat Uptrend tuh! Aku rasa lain sangat.. Nak-nak bila tengok rakan seperjuangan naik pentas untuk anugerah.. Aku jadi geram dan sakit hati.. Tapi mak aku cakap, dengki dalam mengejar impian dengan melalui jalan-jalan yang diredhai, tidak menjadi dosa pun... BUAt JER.....!!! Confirm dapat! Nyanyi ngan M.Nasir, best owh.. Lagu Semerah Padi bertambah-tambah semangat aku! Nyanyi samerx sampai suara pun ilang.. MCM Meg & Majdah, U all memang power!, Wary, ko memang taksub bab-bab buat duit nih.. kene ikut gila-gila pas nih... (bak kate Dr. Ahmad"lom gila lagi?") hahaha..

Kita tidak tahu kita boleh buat atau tidak dalam bisnes ni selagi kita cuba. Tapi kalau kita selalu saja negatif, kita takkan dapat apa-apa pun. Bertindak untuk berubah dan sentiasa POSITIF dalam apa jua keadaan pun. Bisnes ni memang best sangat-sangat! Kalau lah dulu lagi saya join mesti best! Ni hah hasilnya..Dulu pakai kereta second hand ajer..Nah! Sekarang dah boleh pakai kereta baru!Kereta baru! Baru! Nak berjaya, ikut macamana orang berjaya buat kerja! Nak gagal, dengar jer sembang-sembang mereka yang gagal!
Segala-galanya berubah dengan satu keputusan yang mudah dengan berkata Ya pada satu peluang menyertai Network Marketing (e-commerce) pada mulanya saya langsung tak nampak dengan peluang yang ada di depan mata tapi dengan satu kepercayaan “Peluang selalunya datang dalam keadaaan yang kita tak bersedia”. Saya buat keputusan untuk berjaya (make it happen & don’t care what other people said) dan saya belajar dari hari ke sehari, berani & tidak malu menerima segala kritikan dan kegagalan dan akhirnya dengan semangat yg ada dan sokongan dari keluarga. Alhamdulillah... dalam masa kurang daripada setahun telahpun mengatasi pencapaian peribadi iaitu menjadi salah seorang "Internet Millionaire” Kalau kita ingin melihat perubahan, jadilah perubahan yang kita inginkan…. kerana tiada orang yang gagal dalam kehidupan melainkan dia memilih untuk gagal.....